Hari ini juga anak menakan Afni, Izzul Naim Najhan Bin Badrul Naim akan masuk dewan ambil exam UPSR. Debaran tu bukan anak yang nak ambil exam ja tapi sekali ibu dan ayah dia pun join terasa debaran tu. Afni sebagai mak menakan pun tempias la jugak hehehe..
Nak exam of course la si anak akan belajar bersungguh-sungguh siap pergi tuition sekolah dan tuition luar lagi nak pastikan ilmu yang diaorang dapat tu memudahkan untuk menjawab soalan yang bakal dihadapi nanti.
Sebelum pergi sekolah:
1. Bangun awal
- Kita kejutkan anak bangun awal siap segarkan diri pergi mandi.
- Solat Subuh bersama anak serta doakan untuk mereka untuk mudah jawab exam.
- Baca surah Yassin jika sempat bersama anak tak pun kita baca dulu pun boleh.
2. Sarapan pagi
- Pastikan kita bagi anak kita sarapan bagi dengan makanan yang tidak berat untuk elak
rasa cepat mengantuk dalam dewan nanti.
3. Beri semangat
- Pelukan mak ayah adalah semangat kasih sayang kepada anak. Jadi anak akan rasa
lebih tenang dan lebih bersemangat.
4. Kelengkapan exam
- Mak ayah dan anak sama-sama pastikan barang keperluan untuk masuk dewan periksa
dah ada dan lengkap. Alat tulis dan dokumen masuk dewan diletakkan dalam satu bekas
bagi mengelakkan ada yang tertinggal.
Sebelum dan semasa dalam dewan:
1. Doa
- Ingatkan anak kita membaca Bismillah dan selawat sebelum masuk dewan.
2. Tenang
- Ingatkan anak supaya tenangkan hati dan jangan terlalu gelabah atau darah gemuruh.
Semasa anak di sekolah:
1. Wuduk
- Mak ayah ambil wuduk dan buat solat Dhuha
2. Doa
- Mak ayah terus mendoakan ketenangan buat anak untuk menjawab exam. Teruskan
berzikir agar anak terus rasa tenang semoag Allah memberikan kejayaan buat anak kita.
3. Baca Yassin
- Teruskan membuat bacaan Yassin di rumah
4. Selawat
- Selawat untuk tenangkan hati kita dan juga anak dalam dewan exam.
5. Niat
- Niat dalam hati agar anak rasa tenang dan dipermudahkan untuk menjawab exam
dengan sempurna. Selalu hantar gelombang aura positive yang memberikan ketenangan
buat anak.
Moga amalan Mak ayah semasa anak di dalam dewan periksa akan memberi kejayaan yang diimpikan. Tawakkal dengan apa yang telah kita lakukan sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui. Aminn....
No comments:
Post a Comment