Sunday, 23 September 2018

BERMULANYA PEPERIKSAAN UPSR

Korang amik UPSR tahun bila ya? Afni amik peperiksaan UPSR ni tahun 1995. Rasa debaran nak masuk exam ni memang dah lumrah memang lain maciam sikit. 

Hari ini juga anak menakan Afni, Izzul Naim Najhan Bin Badrul Naim akan masuk dewan ambil exam UPSR. Debaran tu bukan anak yang nak ambil exam ja tapi sekali ibu dan ayah dia pun join terasa debaran tu. Afni sebagai mak menakan pun tempias la jugak hehehe..


Image may contain: text

Nak exam of course la si anak akan belajar bersungguh-sungguh siap pergi tuition sekolah dan tuition luar lagi nak pastikan ilmu yang diaorang dapat tu memudahkan untuk menjawab soalan yang bakal dihadapi nanti.

Afni nak share sedikit panduan dan rujukan untuk ibu ayah yang anak nak ambil exam yang Afni dapat dari perkongsian sahabat lain juga. Moga mendapat manfaat dan keberkatan untuk masa depan anak kita juga.

Sebelum pergi sekolah:

1. Bangun awal 
    - Kita kejutkan anak bangun awal siap segarkan diri pergi mandi.
    - Solat Subuh bersama anak serta doakan untuk mereka untuk mudah jawab exam.
     - Baca surah Yassin jika sempat bersama anak tak pun kita baca dulu pun boleh.

2. Sarapan pagi
    - Pastikan kita bagi anak kita sarapan bagi dengan makanan yang tidak berat untuk elak
      rasa cepat mengantuk dalam dewan nanti.

3. Beri semangat
    - Pelukan mak ayah adalah semangat kasih sayang kepada anak. Jadi anak akan rasa     
      lebih tenang dan lebih bersemangat.

4. Kelengkapan exam
    - Mak ayah dan anak sama-sama pastikan barang keperluan untuk masuk dewan periksa 
      dah ada dan lengkap. Alat tulis dan dokumen masuk dewan diletakkan dalam satu bekas
      bagi mengelakkan ada yang tertinggal.

Sebelum dan semasa dalam dewan:

1. Doa
    - Ingatkan anak kita membaca Bismillah dan selawat sebelum masuk dewan.

2. Tenang
    - Ingatkan anak supaya tenangkan hati dan jangan terlalu gelabah atau darah gemuruh.

Semasa anak di sekolah:

1. Wuduk
    - Mak ayah ambil wuduk dan buat solat Dhuha 

2. Doa
    - Mak ayah terus mendoakan ketenangan buat anak untuk menjawab exam. Teruskan     
      berzikir agar anak terus rasa tenang semoag Allah memberikan kejayaan buat anak kita.

3. Baca Yassin
    - Teruskan membuat bacaan Yassin di rumah 

4. Selawat
    - Selawat untuk tenangkan hati kita dan juga anak dalam dewan exam.

5. Niat
    - Niat dalam hati agar anak rasa tenang dan dipermudahkan untuk menjawab exam
      dengan sempurna. Selalu hantar gelombang aura positive yang memberikan ketenangan
      buat anak.

Moga amalan Mak ayah semasa anak di dalam dewan periksa akan memberi kejayaan yang diimpikan. Tawakkal dengan apa yang telah kita lakukan sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui. Aminn....

Monday, 20 August 2018

Nak kawen siap naik penimbang

Kenduri kawen mai lagi... Eh teringat pulak hari BIG DAY Afni pun bulan Ogos time tue sambut Raya Puasa. 

Minggu ni ramai yang ambil kesempatan cuti sekolah ngan cuti raya Haji buat sekali kenduri kawen. Kepak kepung kepak kepung πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‡πŸŽΆπŸŽΆπŸŽΆπŸ₯πŸ₯πŸ₯

Nak share sikit la kan pengalaman Afni nak kawen punya pasai siap naik turun penimbang 4 bulan sebelum hari bersejarah. Sapa tak mo mai hari besar kita pakai baju dah segak tapi kembang pulak kan..? 

Makanya 4 bulan  sebelum tu punya la diet dan kurangkan selera makan. Berat time tu 60kg dah turun sikit. Korset apa pun tak pakai. Ubat kuruih memang tak telan la takut 😱😱😱

Jenuh jugak wei nak nahan diri dari selera makan ni. Pagi makan biskut kering tengahari nasi separuh ja mai malam tak makan nasi tapi makan hat merapu ja. 

Kadang tu rasa sakit perut jugak time kena gastrik. Hadoiiii.... Seksanya nak bagi turun berat badan pun. Memang betoi la beauty is pain 😰😰😰😰😰

Mai selera lapaq ni tak leh tahan jugak nanti hari len dah tak jumpa makanan camni kan... Especially nasi daging Batu Hampar Pendang setalam sorang boleh hadap. Nampak tak selera Afni lagu mana πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Alhamdulillah lawan sana tepis sini dapat jugak turun berat badan. Mai hari kenduri raya ke 2 berat dapat la 48kg.

Lepas kawen dapat anak diet dah tak layan.  Perut kena isi perut buncit peha melimpah tak heran dah. Tapi sampai bila nak layan anak baru sorang tapi badan macam anak 5. Berat dah capai 58kg time tue.. 

Kesedaran sivik tetiba terdetik kat hati makanya jumpa la dengan Premium Beautiful. Kenal pun lepas umur Umar dah setahun. Bermula la episod berat kembali turun pastu bentuk badan pun makin  kecik maintain ja berat 50-52kg.


La ni dah tak risau sangat bab nak diet namatey tue lepas jumpa perisai ni. Sarung ja senang. Banyak jasa Premium Beautiful sampai sekarang dok pakai hari2 mai keja. PENYELAMAT TERBAIK πŸ‘πŸ‘πŸ‘




Panjang pulak beletiaq arini. Nak jugak share cket ni gambar hari nikah Afni posing sesorang sebelum jadi bini orang. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Sempena bulan anniversary Afni nak tawarkan harga menjunam Premium Beautiful wat pengantin atau bukan pengantin pun boleh terus roger Afni okey 😍😍😍

FB : Afni Bakar 
IG : Afni Bakar 
Tel : 019-4606338 

Wednesday, 27 June 2018

Dulu Anis nak cari baju kena plus sized. La ni nak pilih baju cantik dah senang.

Nak follow tips Anis tak? Ada 3 hari lagi ni promo RM47 sampai 30 Jun 2018  ja tau... Nak tau jom sembang tepi na..



FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Contact : 019-4606338

Monday, 21 May 2018

Misi Hilang Lemak 10kg di Bulan Ramadhan

Assalamulaikum dan Selamat Berpuasa 

Salam 6 Ramadhan buat semua..

Orang perempuan ni bila sebut nak raya mesti nak cantik dan menarik. Betul tak? Ngaku ja la...

Bagi Afni memang nak la cantik-cantik di hari raya bukan selalu nak nampak cantik kan... Cantik ni tak kira la cat rumah ka langsir rumah ka sofa baru ka baju cantik ka.. Tapi bila orang tegur badan hang makin cantik la sekarang ni. Hat ni memang rasa nak lompat syok terlebih hehehe...

Mai sini Afni nak share macamana Kak Ana hilang lemak 10kg dalam bulan Ramadhan. Sekali pandang macam 2 orang berbeza tapi bila di tenung rupanya orang yang sama. Kak Ana bagitau yang dia tetap ambil Nasi setiap hari di bulan puasa dan tetap boleh buat ibadat macam biasa. Bulan puasa la korang boleh target nak turun berat badan pun kan....


Nak tau macamana Kak Ana boleh capai target hilang 10kg?

Kak Ana ada share tips dia turun berat badan Kak Ana amalkan Shake Me + Minkaffe + Premium Beautiful secara konsisten dibulan Ramadhan.



Waktu berbuka puasa Kak Ana pakai Premium Beautiful motifnya bila makan memang takkan terlajak makan sebab PB akan kawal portion makanan yang masuk dalam perut kita. Kak Ana bancuh Shake Me + minkaffe waktu berbuka. Lepas dah minum memang dah rasa kenyang dan nak makan pun tak boleh amik sebab perut dah rasa kenyang...


Banyak juga tips yang kak Ana share nak capai 50kg hilang berat tue. Selamat beramal ya tips ni moga korang capai target turun berat yang idela dan sihat.

Nak tau lagi boleh terus contact Afni tau.


FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Contact : 019-4606338

Saturday, 19 May 2018

Ubat boleh batal puasa tak?


Sakit ni tak kira masa bila-bila ja boleh serang kita. Puasa kena juga tunaikan tapi ubat jangan abaikan. Ada ubat yang tak membatalkan puasa ada ubat yang memang kena berbuka puasa. Nanti ganti la balik puasa yang tinggal tu. 😁😁😁😁😁


Afni share kat korang sebagai panduan ubat apa yang boleh batalkan puasa dan tidak batalkan puasa. Afni ambil kat KKM ja sebagai rujukan kita semua. Harap bermanfaat.

#ubatbatalpuasa #puasadanubat #afnibakar




FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Contact : 0190194606 

Monday, 7 May 2018

UMAR DAN ULFAIRAH KE MAJLIS BERENDOI

Bila ada majlis akikah mesti ada majlis berendoi sekali. Memang dah sinonim dengan adat orang melayu dari zaman dulu lagi. 

Bila berendoi mesti la ada buai cantik-cantik yang dihias untuk meraikan anak yang di akikah. 

Zaman dulu buai DIY ja letak hiasan sendiri bagi cantik-cantik dan menarik. Nanti letak baby waktu kumpulan berzanji sedang berlangsung. Cuma zaman la ni buai pun siap ada pakej dengan pelamin macam sambut pengantin. 

Baru ni bawa la Ulfairah dan Umar pegi majlis akikah cucu sepupu. Majlis berzanji dah habis sebab kami sampai dah petang. Tinggal buai dan pelamin ja kat sana. Bagi Ulfairah merasa naik buai ja la Umar naik mau patah pulak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Layan ja la gambar diaorang ni ya 😍😍😍😍









FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Tel : 0194606338

Monday, 9 April 2018

My Beautiful Story

Tahun lepas Sahajidah Hai-O Marketing ada buat contest cerita yang menarik pengalaman pakai PrePrem Beautiful. Hari Ahad lepas keluar la senarai pemenang.

Tahniah kepada pemenang 141 #mybeutifulstory juga pengguna Premium Beautiful bukan korset biasa tapi memang luar biasa. Eh... Jangan panik tengok ada lelaki sebab Premium Beautiful ni lelaki pun boleh pakai. Tahniah juga buat top 30 yang berjaya Kak Azza Amri,  Ramizah,  Shazzana, Wanie Nurhazwani Ameen,  Raihani Ramelan, Ain Zulkarnaind dan lelaki solo kat situ Mohd Ezamshah Abu Bakar.

#mybeutifulstory #premiumbeautiful









FB: Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Tel : 0194606338


Friday, 6 April 2018

Pengalaman Pesakit Slip Disc

Baru ni ada sembang ngan kawan yang ada masalah slip disc yang depa sendiri pun tak sedar bila pula boleh dapat sakit ni.
Kemarin ternampak status Kak azza yang memang ada masalah sakit tulang belakang sebab jatuh kat tempat kerja. Lepas operate masuk besi dia lumpuh separuh badan pastu kena ulang alik hospital tiap bulan kat setahun juga la. Kos nak operate tu pun Kak azza bagitau dah cecah RM20,000 πŸ˜±πŸ˜±πŸ˜±
Takkan nak harap makan ubat dan ikut procedure hospital sampai tua kan... Kak azza ambik alternatif lain. Hati dia tergerak nak pakai premium beautiful. Alhamdulillah sekarang Kak azza boleh bangun dan boleh gerak macam biasa. Makin aktif dah la ni ke sana ke sini.
Afni tau mesti kawan-kawan struggle nak berubat bagitau mana saja tempat mesti nak pergi berubat. Macam Kak Azza jumpa PB bantu dia pulih sakit tulang belakang, kawan-kawan yang alami masalah slip disc, sakit pinggang, scoliosis, bongkok pun PB boleh bantu pulihkan masalah ni.
Cubalah... Mungkin ini ikhtiar terbaik untuk kawan-kawan πŸ˜πŸ˜
Image may contain: Azza Amri, text


FB : Afni Abu Bakar
IG : Afni Abu Bakar
Contact : 019 4606338

Wednesday, 7 February 2018

DAH DAPAT MENTOR!!

Biasa kita tengok mentor dalam rancangan TV3 `tunjuk ajar ku sifu'. Itu rancangan realiti hiburan ja.

Afni tak pernah pun ada mentor yang betul-betul pegang dan ajar kita. Tapi dalam bisness Afni baru kenal erti mentor dan pentingnya pilih mentor.

Afni kenal mentor dan juga direct leader DDM Suhail Isa ni dalam FB ja.  Kebetulan dia wife classmate kat UITM dulu. Time tu dok godek-godek FB jumpa post Sue pasal business SHOM terus contact dan join bisness. Senang kan...


Sebenarnya bila ada mentor ni dia boleh perhatikan tindakan kita dan betulkan yang tidak patut kita buat dalam bisness. Teguran yang membina supaya kita belajar sesuatu yang baru. Sue seorang mentor yang dikagumi semua orang, peramah, lemah lembut, baik hati, pembimbing rakan bisness, senang didekati dan seorang yang tabah.

Afni pernah terdiam seketika bila dapat alahan mengandung. Sue tetap bagi dorongan untuk Afni kembali bangkit dalam bisness. Kagum semangat Sue biarpun macam-macam kerenah rakan kongsi tapi tetap membantu rakan kongsi. Walaupun sebenarnya sue pun alah teruk juga awal pregnen aritu tapi semangat dia sangat tinggi.

Kegagalan awal yang Afni terima bila ada penolakan client. Mula tu rasa macam nak teriak pun ada. Maklumla baru nak bisness... Tapi bila dengar sendiri pengalaman Sue sebenarnya nak jadi luar biasa kena tempuh ujian. Afni teruskan juga apa pun terjadi BUAT JAAA…

Sue pernah dari KL turun ke utara sorang diri untuk bantu Afni jumpa dengan prospek. Di situ Afni mula belajar sesuatu yang baru. Feedback client terima atau tolak.



Disebalik diri Sue ada mentor yang hebat yang selalu perhatikan anak business dari jauh tapi dekat dihati iaitu CDM Norain Mohd Nizar. Mereka ni dulu engineer dah bertukar profession jadi business women sebagai PB Expert yang berjaya walaupun ada anak kecil.






Alhamdulillah Afni bertemu dengan Mentor-mentor yang hebat dan kagum dengan sikap mereka yang tak kedekut ilmu dan selalu bagi pandangan untuk membantu rakan business. Jarak bukan penghalang... Tak dapat jumpa kami guna medium online. Zaman sekarang kan ada FB Live, Whatsapp, Instagram dan Telegram kat situ la kami jumpa dan bersembang.

Penting sebenarnya dalam mencari MENTOR terutama dalam bisnes. Tersalah pilih Mentor merana kita sepanjang hayat.

Best ka memang Best bila kita ada Mentor ni? Korang pun boleh juga join. Nak tahu lagi terus contact Afni 0194606338

#mentorkusayang

Thursday, 1 February 2018

APA ITU G8 UNITY?

G8 UNITY merupakan organisasi yang ditubuhkan dengan gabungan komuniti perniagaan yang terdiri daripada 8 gabungan CDM hebat di bawah naungan Ikon Networking Marketing CDM Hansi Haizi serta CDM Shaliza Aziz dan CDM Ridhuan.

Tujuan G8 UNITY dibentuk adalah untuk membantu para usahawan G8prenuers mendapat informasi terkini, motivasi, jaringan perniagaan terkini, bimbingan, panduan perniagaan dan update terkini syarikat.

Bila ada gabungan maka ada VISI dan MISI yang dicipta untuk dicapai.

VISI G8 UNITY


"Menyatukan Glampreneurs dibawah satu komuniti untuk memperkasakan antara satu sama lain"



MISI G8 UNITY


"Melahirkan 50 CDM (Crown Diamond Manager) yang berketerampilan dengan minimum 1 Juta jualan sebulan"

G8 CORE VALUE


1. People (Usahawan G8)
2. Leadership (Berkepimpinan)
3. Passionate (Bersemangat)
4. Competetive (Berdayasaing)
5. Result Oriented (Mengutamakan hasil)
6. Bold (Keberanian)
7. Fast (Pantas bertindak)
8. Fun (menyeronokkan)


Rasa berbangga G8 UNITY merupakan platform terbaik yang disediakan dengan mendapat bimbingan terus daripada usahawan yang jutawan dan berjaya mendapat AUTOPILOT INCOME.

Jadilah sebahagian daripada G8 Unity harini dan bersama menjana pendapatan AUTO PILOT INCOME RM50,000 sebulan. Untuk maklumat lanjut contact Afni 019-4606338




Thursday, 25 January 2018

Anak Amanah Besar Allah Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum..

Dah lama tak mendarat dekat blog. Amacam sihat ka? Rasa buntu sat nak update blog sebab lama sangat menyepi. Nak share anak dan ibu bapa.

Bila teringat Arwah Mak dan Ayah yang masih ada ni memang terasa betapa besar amanah kita sebagai anak ni yang depa kena pikul. Sejak kita dalam kandungan sampai la kita tua.

Bila ada anak sendiri mesti Afni dok fikir macam ni la mak ayah susah payah nak jaga kita. Dah la zaman dulu duit pun susah nak dapat. Kenderaan pun harap ada basikal kot ada duit lebih baru beli motor. Tapi mak ayah tetap besarkan kami 5 beradik biar pun dulu susah. Mak penah cerita pernah juga kena marah orang kampung sebab ambil air telaga kat rumah depa untuk membesarkan kami. Ujian buat mak ayah. Alhamdulillah dengan sentiasa berbuat baik orang yang marah mak ayah jadi orang yang sayang kat keluarga kami. Itu contoh yang mak ayah terapkan kepada kami supaya berbuat baik dengan jiran tetangga.

Masa anak kecil adalah masa dengan keluarga 'Bonding Time' yang tak akan datang kali kedua. Itu yang Afni rasa sendiri dalam keluarga. Waktu kita kecil mak ayah akan timang-timang kita, buaikan kita tidur, acah kita, bermain dengan kita, berlari main kejar-kejar dan macam-macam perkara lagi. Bila dah besar anak akan bawa diri dan mula berdikari. Jauh mana pun anak-anak mereka tetap balik jumpa dengan mak ayah. Semoga doa anak-anak dan amal soleh di dunia membawa kita ke JANNATUN FIRDAUS... AMIN....


Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik Untuk Membentuk Sahsiah Anak-anak


Cara mudah membentuk peribadi terpuji dan sahsiah anak-anak

1) Kalau Tiba-tiba Teringatkan Anak, Kirimkan Bacaan Al-Fatihah

Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
Mintalah apa-apa sahaja hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang kita ingat tersebut. Habiskan bacaan Al-Fatihah.
Doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2) Pandang Wajahnya Semasa Dia Tidur, Ucapkan Bahawa, Ibu Nak (Nama Anak) Jadi Anak Yang Soleh Sayang!

Cuba amalkan (ada ustaz yang kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.



Tips keibubapaan

3) Semasa Bangun Solat Malam, Solatlah Hajat Di Sisinya

Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengan anak kita. Jika kita selalu buat dan kita beritahu anak kita yang kita sering doakannya, anak tersebut akan dapat merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki.
Yang mana mereka dapat rasakan bahawa kita sangat sayangkannya dan mahu anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Anak juga akan tahu yang kita sering solat hajat untuknya.

4) Minta Dikasihani

Ucapkan setiap masa yang kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika anak-anak tidak menjadi anak yang soleh/solehah bermakna mereka tak sayangkan kita. Sudah tentulah kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5) Peluk Anak Selalu Walaupun Telah Anak Sudah Besar, Sebagaimana Kita Menatang Anak Sewaktu Kecil

Serlahkah aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita berbangga mempunyai anak sepertinya.

6) Maafkan Anak Kita Setiap Masa Walaupun Perbuatannya Amat Melukakan Hati Kita

Muhasabah diri. Berkemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa kita yang lampau.



Parenting tips

7) Yang Penting Kita Jaga Tutur Kata

Jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ianya berlaku secara tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk meminta maaf.
Mengakulah kepada anak kelemahan kita. Kita marah kerana kesalahan mereka. Bukan bermaksud membenci. Ceritalah dan nak buat macam drama pun boleh.

8) Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim Supaya Kita, Anak dan Zuriat Keturunan Kita Termasuk Dalam Golongan Orang-orang Yang Tetap Mendirikan Solat.

Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

9) Selalu Ingatkan Anak, Tak Guna Ada Pangkat, Belajar Tinggi Hatta Hafal Al-Quran Sekalipun Jika Tidak Mempunyai Peribadi Yang Mulia

Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.



Cara mudah membentuk peribadi terpuji dan sahsiah anak-anak

10) Masa Basuh Beras, Niatkan; “Ya Allah, Lembutkanlah Hati Anak-anakku (Sebut Nama) Untuk Faham Agamanya Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Ini Menjadi Nasi”‘

Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh membawa bersama ibu bapanya ke neraka.
Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Semasa melakukan perkara ini, hati jangan lalai, sentiasa ingat Allah selalu.