Biasa kita dengar nak banyakkan susu badan perlu la kerap susukan baby. Bercakap memang senang orang yang nak kena buat tu memang perit dan mencabar jugak la. Afni nak share dengan korang pengalaman Afni semasa menyususkan Umar Mursyid.
Banyak tips yang Afni dapat daripada kawan-kawan, blog, FB, IG, Ebook, family dan sedara mara bagi ada susu yang mencukupi untuk anak. Antara tips yang senang nak buat dan ada dirumah:
1. Minum air masak suam
- Sebelum menyusukan baby Afni minum dulu air masak suam bagi memudahkan pemprosesan susu dalam badan kita. Sebaiknya ibu perlu minum 2 liter air sehari. Jadi senang la baby minum susu tak la dia nak mengamuk dan ibu pun tak lesu.
2. Halia, halba dan gula batu
- Ambil 2 inci halia diketuk-ketuk pecah, 1 sudu besar halba dan 3 ketul gula batu bersama 3 cawan air dimasukkan ke dalam periuk. Masak atas api sehingga mendidih. Boleh terus minum samada panas-panas atau suam. Bagusnya bila minum bukan angin badan ibu saja yang keluar angin perut baby pun kuar.
3. Halba
- Ini cara yang cepat dan senang. Afni ambil halba 1 sudu besar dan masukkan air panas dalam gelas. biarkan suam-suam baru minum. Susu pun banyak.
Ada banyak lagi tips tapi ini ja yang Afni cuba dengan kos yang rendah dan mudah nak dapat di rumah. Semoga ianya bermanfaat untuk korang.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment