Tuesday, 30 May 2017
SALAM RAMADHAN ALMUBARAK 2017M/1438H
Assalamualaikum..
Hari ini sudah masuk hari keempat umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah kali ini Afni berpuasa dengan membawa khalifah Allah ke-2 yang sudah 23 minggu. Moga Allah kurniakan kekuatan sepanjang Ramadhan ini.
Korang macam mana puasa kali ini? Harap lebih tenang dalam melaksanakan ibadah dan diberkati Ilahi.
Jangan lupa jaga kesihatan dan makan semasa berbuka. Pastikan makanan yang kita makan berkhasiat dan tidak memudaratkan ibadat puasa. Jangan sampai kena berpuasa di wad pulak. Sedih tau puasa kat wad ni huhuhuhu....
Tuesday, 23 May 2017
APA ITU PREMIUM BEAUTIFUL KORSET?
Korang pernah pakai, dengar atau tengok korset tak??
Kebiasaannya kita mendengar orang yang mengamalkan pemakaian korset/bengkung ni nak bagi nampak lebih ramping, kurus, cantik, badan terletak dan juga diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang.
Korang pernah dengar dan tahu tak tentang korset/bengkung Premium Beautiful?? Meh Afni kongsi sini...
Premium Beautiful adalah korset/bengkung pakaian dalam yang membantu pembentukan badan yang terdiri daripada:
1. Long Bra or Short Bra
2. Waist Nipper
3. Long Girdle
Sebenarnya Premium Beautiful ni juga merupakan korset yang dicipta untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Ianya direka 70% untuk kesihatan dalaman dan 30% untuk kecantikan. Kiranya dah tak perlu sebarang pembedahan, suntikan, pil kurus mahupun jadual diet yang ketat.
Antara fungsi-fungsi Premium Beautiful korset adalah:
1. Mengelakkan aset penting wanita jatuh (payudara dan punggung).
2. Menjaga dan membentuk postur badan lebih kemas.
3. Membantu membuang angin dalam badan.
4. Melancarkan aliran darah dalam badan.
5. Membantu membersihkan toksin di dalam badan.
6. Menghalang pembiakan sel kanser dalam badan.
7. Mengawal pengambilan makanan yang berlebihan.
8. Membakar dan meratakan lemak yang berlebihan dengan adanya FIR.
9. Tidak panas dan selesa dipakai
10. Anti bakteria.
Kelebihan menggunakan Premium Beautiful korset:
1. Boleh dipakai walaupun sudah 10 masih tetap tidak lusuh.
2. Jika terdapat sebarang kerosakan, patah atau koyak boleh hantar repair ke stokis tanpa sebarang cas @ percuma sahaja.
Korang nak cuba, try, test pakai boleh contact Afni sebab pelaburan ini dibuat hanya sekali tapi berbaloi-baloi untuk diri sendiri jugak kan...
Harap korang dah dapat gambaran dan bantu korang lebih kenali Premium Beautiful.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Afni okay!!
Afni Abu Bakar
019-4606338 (Whatsapps/sms)
FB : https://www.facebook.com/afni.abubakar.7
Sunday, 21 May 2017
PROMOSI PREMIUM BEAUTIFUL RAMADHAN 2017
Assalamualaikum...
Apa khabar semua?? Bulan Syaaban berbaki 5 hari lagi untuk sampai ke Bulan Ramadhan. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk sampai ke bulan Ramadhan. Inilah masa untuk kita dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Jangan ponteng puasa tau....☺☺☺
Di hari Raya kita disunatkan untuk memakai pakaian yang cantik tak kira baru atau lama. Nama pun perempuan bila dah tengok slim lagi cun melecun memang BONUS la untuk kita. Jangan lupa sarung sekali dengan Premium Beautiful. Baru la nampak lagi MELETOP!!!! Bila pergi ziarah rumah sedara pun tak la terover makan. Jangan nanti bulan puasa dah syok berat badan turun 3kg masuk Syawal berat naik 5kg. Menangis kat bucu katil ja la...
Sempena Promosi Premium Beautiful Ramadhan 2017 ni Afni nak bagi special price kat sayang-sayang semua yang order PB time Ramadhan. Promosi ni bermula mulai SEKARANG sehingga 24 Jun 2017.
Untuk pembelian dalam tempoh PROMOSI ni Afni akan bagi diskaun RM300 dan freegift RM200.00. Jangan tangguh lama-lama tau. Ukuran dan saiz akan Afni bantu sampai selesa dipakai. Servis terbaik dari Afni.
Jom kita tengok testimoni dari Premium Beautiful user ni. Time posa ni la kita amik peluang nak turunkan berat badan sebab senang nak slim dan shaping badan. InsyaAllah..
Tengok la akak ni. Terpaksa jadi muda semula selepas guna korset Premium Beautiful. Sekali suami pun jadi muda juga. Kerlassss... akak tau..
Tengok la akak ni. Terpaksa jadi muda semula selepas guna korset Premium Beautiful. Sekali suami pun jadi muda juga. Kerlassss... akak tau..
Tengok mama gojes ni walaupun dah beranak 5 boleh bergaya tip top gitu. Dari saiz XL sekarang dah saiz M. Sapa tak nak kan???
Haaaa.... Ini ibu berpatang dengan Premium Beautiful. Waktu beranak anak sulung sampai anak no 5 tak kenal dengan Premium Beautiful. Mula pakai Premium Beautiful berpatang anak no 6. Hasilnya badan lebih langsing dan kecil. saiz pun dah bertukar dari saiz XXL ===>> XS.
Anda mahu lebih gojes amcam mereka?? Nak cuba pakai Premium Beautiful macam mereka? Jom contact Afni sekarang. Special price dan freegift menanti pelanggan bertuah. InsyaAllah berbaloi pelaburan anda.
CONTACT AFNI SEKARANG OKAY!!!
Afni Abu Bakar
019-4606338 (Whatsapps/sms)
FB : https://www.facebook.com/afni.abubakar.7
Sunday, 14 May 2017
SELAMAT HARI IBU BUAT EMAK HATIAH BINTI SAADIN 14 MAY 2017
Hanya tinggal kenangan dengan emak yang tetap ada di hati anak-anakmu.
Emak telah berusaha membesarkan kami adik beradik dengan ayah biaq susah maupun senang. Mak tempat anak-anak mengadu dan berkasih sayang. Hanya kenangan bersama Emak menjadi ingatan. Mak memang suka pergi berjalan-jalan. Ada saja destinasi yang dituju walaupun dekat saja. Ayah selalu ikut saja kehendak Mak
Tempat paling jauh emak pergi bercuti bersama family di Sabah pada 2014 sekali jumpa dengan keluarga besan. Seronok mak sebab walaupun bahasa dan loghat berbeza mak tetap ramah dengan orang. Itulah sifat semulajadi mak ramah dan mesra dengan orang. Ayat selalu mak cakap "Kita Jangan Sombong Dengan Orang".
Emak tetap mau menyembang dengan Inak di Kampung Tinata, Kota Belud, Sabah (orang kita panggil tok @ nenek) walaupun tak paham hihihihi...
Ini gambar kat kaki Gunung Kinabalu
Last Afni bercuti dengan Mak dan Ayah kat Pulau Langkawi. Itulah cuti-cuti kami yang terakhir bulan September 2016 sebelum mak pergi buat bulan 15 Oktober 2016 dengan family kecil walaupun sat tapi tertunai juga hajat itu.
Hari Ibu memang selalu Afni bagi kejutan walaupun nilai kecik ja. Pernah beli kek kecik yang ada deko tu kat kedai kek untuk surprise Mak. Waktu itu masih sekolah menengah balik dari asrama beli la kek kecik pun ok la. Bajet pun kecik jugak. Nak bagi adil beli 2 biji sekali harung Hari Bapak. 1 untuk Mak 1 untuk Ayah. Janji boleh buat mereka tersenyum..... ☺☺
Hargailah Emak kita selagi masih hidup dan jangan lupa berusaha untuk gembirakan dia walaupun kecik tapi amat bernilai di hati dia. Jangan lupa hargai juga Ayah kita. Tanpa kudrat mereka berdua belum tentu dapat membesarkan kita.
#selamathariibu2017
#ibusegalanya
#hatiahsaadin
Subscribe to:
Posts (Atom)