Saturday, 14 September 2019

Anugerah SM/SSM : My 1st Award Achievement



Alhamdulillah syukur ke hadhrat Ilahi 7 November 2019 hari yang dinantikan dah pun sampai Hari Penganugerah SMSSM 2019. Hari ni Afni naik pentas terima anugerah pertama dalam bisness SHOM yang dibuat SETIA SPICE Convention Centre, Penang.  



Baju simple ja nak pakai asalkan senang bergerak dan selesa sebab nak kena bersedia diri seharian untuk majlis tu. Malam sebelum tu dah siapkan dulu iron baju dan siap packing barang anak-anak nak bawa pergi tinggal kat rumah sepupu sekali husband dan ayah kat Penang.

Awal 7.30 pagi dah gerak pergi jumpa MUA Siti Anati dekat Kuarters Balai Polis Kubur Panjang. Dah macam nak mekap pengantin la pulak siap guna MUA. Kejap ja dia mekap 30 minit gitu sebab Afni minta mekap simple natural look giteww. Dah nak naik pentas ambil Award tu cari MUA bagi lain sikit dari hari biasa baru la surprise...

9.00 pagi baru nak gerak dari kampung ke Penang ambil masa 1 jam 30-40 minit sampai la. Terus pergi kaunter pendaftaran orang dah ramai sampai walaupun majlis mula 12.30 tghri sampai 5.30 petang. Kali ni perserta yang bakal naik pentas seramai 700 orang. So excited.... 

Tiket dah ready dan dapat sesi Pertama sebab pergi daftar awal maka cepat la boleh naik pentas.







Afni wakil team The Diamond Circle rasa bangga sangat sebab diraikan Leader DDM Suhaili Isa yang banyak bantu Afni dalam bisness SHOM ni dan juga Team TDC kekakak PB Expert yang lain sama-sama mai raikan Afni. 

Tak lupa juga kepada Mentor CDM Norain Mohd Nizar, CDM Shaliza Aziz dan CDM Ain Zulkarnaind yang selalu bagi support kepada kami semua.















Selesai jugak majlis diraikan dan meraikan usahawan SHOM yang terlibat sama dalam menjana ekonomi diri sendiri, kelaurga dan negara Malaysia.

TDC banyak memberikan tunjuk ajar kepada usahawan baru dan juga lama bagi memastikan semua ahli kumpulan dapat bersama mencapai impian dan menggenggam income lebih 5-6 angka.

Afni sangat berbesar hati nak share kat korang untuk tambah income bersama The Diamond Circle.


FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar

Contact : 019 4606338 (SMS/Whatsapp)
x

Wednesday, 3 April 2019

Minkaffe Telah Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit


Image may contain: text


Alhamdulillah dan tahniah SHOM yang dapat anugerah dan pengiktirafan antarabangsa Best Brand of Consumer : Premium Coffee 2018/2019 baru-baru ni. Kopi apa?? Of course la kopi garam buluh Minkaffe yang dah berjaya menambat hati pengguna terutamanya di Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei.

Bangga tak korang bila dapat minum kopi yang dah terbukti dan terjamin kualiti yang terbaik? Mesti la kan.. Bukan kopi biashe-biashe tau yang SHOM keluarkan. Lagi pun kopi ni bukan saja memberikan kepuasan bila kita dapat menikmati secawan minkaffe malahan dapat memberikan kesihatan yang lebih baik.

Korang yang pernah rasa minum minkaffe ni memang takkan boleh lupa dan mesti akan teringat-ingat terutamanya bau aroma kopi yang boleh menenangkan dan semerbak satu rumah. Kalau kat opis tu boleh terpengaruh rakan sekerja join sekali.

Apa kebaikan minkaffe ni sampai dapat anugerah? Meh Afni share sikit antara kebaikan dalam kopi garam buluh ni.

1. Segarkan badan
- Time breakfast korang minum secawan minkaffe boleh beri kesegaran badan dan juga menghilangkan mengantuk. 

2. Sembelit
- Ada antara kita yang sukar nak buang air besar. Minkaffe ni ada khasiat garam buluh yang boleh membantu memudahkan untuk kita membuang air besar.

3. Diet
- Minkaffe ni sangat membantu korang yang tengah on diet sebab boleh mengenyangkan perut dalam jangka masa yang panjang. Lagipun setiap sachet minkaffe mengandungi 90 kcal dan tidak mempunyai gula berbanding kopi segera lain.

4.  Gastrik / angin
- Buat mereka yang selalu ada masalah gastrik dan sakit perut minkaffe sangat sesuai terutamanya bila nak berpuasa. Minkaffe ni juga bantu membuang angin dan toksin dalam badan yang menjadi penyebab terjadinya gastrik. 

5. Migrain / sakit kepala
- Buat mereka yang sering kena migrain ni ubat senang. Bancuh secawan pastu rasa sakit menyucuk tu akan mula perlahan-lahan berkurangan.

Banyak lagi kebaikan bila minum minkaffe ni. Moga korang mendapat manfaat dan kesihatan yang terbaik dengan kopi premium minkaffe ini 😍😍

Afni ada juga buka peluang jana pendapatan untuk korang menjadi agent minkaffe yang sah dengan keuntung serendah RM500. Nak tau macamna boleh terus roger Afni okey...


FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar

Contact : 019 4606338 (SMS/Whatsapp)

Friday, 22 March 2019

KELEBIHAN HERBA MAHARANI

Assalamualaikum,


Pernah tak korang tengok nenek kita walaupun dah berusia tapi muka masih tip top dan badan pun masih cergas. Antara amalan yang diaorang buat adalah makan jamu atau ubat herba. Sebab tu walaupun dah berusia 60 tahun tapi muka tak nampak seiring dengan usia mereka.



Hari ni Afni nak share dengan korang tentang herba untuk kesihatan dalaman wanita iaitu Herba Maharani. Afni sendiri pun gunakan pil ni. Alhamdulillah banyak dapat feedback yang sangat baik dari client. Dah jadi rutin client akan repeat order.












Sekotak hanya RM113.20 sahaja. Sangat berbaloi dengan kualiti yang tinggi dan membantu menangani masalah wanita luar dan dalam.



FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar

Contact : 019 4606338 (SMS/Whatsapp)

MY ACHIEVEMENT : TOP PERSONAL SALES

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi nama Afni antara yang telah tersenarai dalam Top Personal Sales untuk bulan November 2018 dan Februari 2019. 




Terima kasih buat mentor Suhaili Isa yang bawa Afni dalam bisness ni dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada Afni untuk mengemudi bisness ni. Masih banyak lagi kejayaan yang bakal diciptakan di masa hadapan.

Seronok rasa bila nampak nama sendiri antara yang tersenarai dalam gruop The Diamond Circle. Mudahan semangat ini mampu membantu orang lain juga merasa kejayaan dan menambah ekonomi keluarga dengan SHOM.


FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Contact : 019 4606338

Thursday, 21 March 2019

SENGGUGUT SETIAP KALI DATANG HAID?






SENGGUGUT TU APA?

Sunggugut atau period pain ni kerap di alami oleh wanita apabila datang haid yang boleh menyebabkan kerja harian terganggu. Biasa sakit akan terasa di bahagian ari-ari, bawah perut dan boleh melarat ke bahagian pinggang dan belakang. Kawasan ini terletaknya organ dalaman penting wanita seperti rahim, pundi kencing, ovari dan tiub falopio wanita..




TANDA-TANDA SAKIT SENGGUGUT

Ni antara tanda-tanda yang biasa Afni dan kawan-kawan alami dan rasai pengalaman bila akan datang haid, baru mula datang haid dan sedang datang haid.

1. Sakit kepala dan migrain
2. Sakit pinggang
3. Sakit perut
4. Loya dan muntah
5. Cepat letih
6. Cirit-birit
7. Cepat letih
8. Emosi berubah-ubah
9. Sakit belakang
10. Sakit buah dada
11. Selera makan tak menentu
12. Pergerakan terbatas untuk menahan sakit

Tanda-tanda ini akan beransur pulih bila darah haid mula keluar dengan lancar dan kebiasaanya ambil masa kurang dari 3 hari.

PENGALAMAN SENGGUGUT.

Pengalaman Afni datang haid seawal umur 10 tahun tau. Jangan terkejut pulak sebab paling awal perempuan datang haid pun umur 9 tahun atau umur akil baligh. Pengalaman mula tu memang blurrr adik beradik semua lelaki. Belajar dari mak la semua benda hehehe...

Senggugut ni mula terasa masa umur Afni 12 tahun selalu sakit memang tahap kena baring terus lena. Pernah jugak sampai tahap kena jumpa doktor dan ambil MC sebab dah tak tahan. Lepas ambil ubat tahan sakit rasa sakit akan berkurang.

Korang pernah rasa ka? Macam-macam perasaan bila menahan sakit ni. Dia punya rasa kadang macam rimau nak terkam mangsa ja. Dalam menahan sakit ni tetiba ada hamba Allah nak ajak borak atau nak tanya sesuatu tak pasai terus nak marah ja. Kadang tu orang lalu depan kita ja tapi rasa nak marah ja. Melampau betul heheheh....

TIPS UNTUK KURANGKAN SENGGUGUT

Sakit senggugut ni ada yang biasa-biasa kadang ada sampai tahap sakit sangat yang tak dapat tertahan sehingga ada masuk hospital. Afni nak share antara tips untuk kurangkan sakit senggugut yang boleh bantu korang bila datang haid nanti.

1. Tuam dengan air panas bahagian perut dan belakang pinggang
2. Bertungku
3. Minum air suam
4. Sapu minyak panas
5. Tidur bagi mengurangkan sakit yang dirasai
6. Hidu aromaterapi Lavender
7. Ambil herba dan supplement
8. Berjumpa doktor jika keadaan teruk.




Biasa Afni dengar orang cakap lepas dah berkahwin dan beranak tahap sakit senggugut dah tak terasa. Tapi bagi Afni sendiri sakit senggugut tu tetap ada cuma tidak sekuat sebelum bersalin. Bagi memastikan sakit ni tidak berpanjangan Afni mencuba dengan amalkan herba Maharani.

Alhamdulillah hampir 2 tahun amalkan herba Maharani rasa senggugut pun kadang dah lupa rasa sakit tu. Sedar tak sedar darah haid keluar tanpa bagi tanda awal dan darah pun keluar dengan lancar. Herba ini boleh diamalkan oleh wanita seawal usia 21 tahun sehingga 56 tahun ke tahap menopause. 

Ni Afni share testimoni yang amalkan Herba Maharani untuk mengurangkan masalah senggugut.




Buat korang yang sedang berusaha untuk mengurangkan masalah senggugut atau bantu sahabat dan keluarga korang yang alami senggugut boleh amalkan Herba Maharani ni. InsyaAllah Afni akan bantu korang. 


FB : Afni Bakar
IG : Afni Bakar
Contact : 019 4606338