Assalamualaikum..
Dah lama tak mendarat dekat blog. Amacam sihat ka? Rasa buntu sat nak update blog sebab lama sangat menyepi. Nak share anak dan ibu bapa.
Bila teringat Arwah Mak dan Ayah yang masih ada ni memang terasa betapa besar amanah kita sebagai anak ni yang depa kena pikul. Sejak kita dalam kandungan sampai la kita tua.
Bila ada anak sendiri mesti Afni dok fikir macam ni la mak ayah susah payah nak jaga kita. Dah la zaman dulu duit pun susah nak dapat. Kenderaan pun harap ada basikal kot ada duit lebih baru beli motor. Tapi mak ayah tetap besarkan kami 5 beradik biar pun dulu susah. Mak penah cerita pernah juga kena marah orang kampung sebab ambil air telaga kat rumah depa untuk membesarkan kami. Ujian buat mak ayah. Alhamdulillah dengan sentiasa berbuat baik orang yang marah mak ayah jadi orang yang sayang kat keluarga kami. Itu contoh yang mak ayah terapkan kepada kami supaya berbuat baik dengan jiran tetangga.
Masa anak kecil adalah masa dengan keluarga 'Bonding Time' yang tak akan datang kali kedua. Itu yang Afni rasa sendiri dalam keluarga. Waktu kita kecil mak ayah akan timang-timang kita, buaikan kita tidur, acah kita, bermain dengan kita, berlari main kejar-kejar dan macam-macam perkara lagi. Bila dah besar anak akan bawa diri dan mula berdikari. Jauh mana pun anak-anak mereka tetap balik jumpa dengan mak ayah. Semoga doa anak-anak dan amal soleh di dunia membawa kita ke JANNATUN FIRDAUS... AMIN....
Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik Untuk Membentuk Sahsiah Anak-anak
1) Kalau Tiba-tiba Teringatkan Anak, Kirimkan Bacaan Al-Fatihah
Apabila sampai kepada ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang bermaksud “Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
Mintalah apa-apa sahaja hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang kita ingat tersebut. Habiskan bacaan Al-Fatihah.
Doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2) Pandang Wajahnya Semasa Dia Tidur, Ucapkan Bahawa, Ibu Nak (Nama Anak) Jadi Anak Yang Soleh Sayang!
Cuba amalkan (ada ustaz yang kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
3) Semasa Bangun Solat Malam, Solatlah Hajat Di Sisinya
Maksudnya kita solat dalam bilik anak dan dekat dengan anak kita. Jika kita selalu buat dan kita beritahu anak kita yang kita sering doakannya, anak tersebut akan dapat merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki.
Yang mana mereka dapat rasakan bahawa kita sangat sayangkannya dan mahu anak kita menjadi anak yang soleh/solehah. Anak juga akan tahu yang kita sering solat hajat untuknya.
4) Minta Dikasihani
Ucapkan setiap masa yang kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika anak-anak tidak menjadi anak yang soleh/solehah bermakna mereka tak sayangkan kita. Sudah tentulah kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5) Peluk Anak Selalu Walaupun Telah Anak Sudah Besar, Sebagaimana Kita Menatang Anak Sewaktu Kecil
Serlahkah aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita berbangga mempunyai anak sepertinya.
6) Maafkan Anak Kita Setiap Masa Walaupun Perbuatannya Amat Melukakan Hati Kita
Muhasabah diri. Berkemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa kita yang lampau.
7) Yang Penting Kita Jaga Tutur Kata
Jangan sekali-kali mengucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ianya berlaku secara tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk meminta maaf.
Mengakulah kepada anak kelemahan kita. Kita marah kerana kesalahan mereka. Bukan bermaksud membenci. Ceritalah dan nak buat macam drama pun boleh.
8) Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim Supaya Kita, Anak dan Zuriat Keturunan Kita Termasuk Dalam Golongan Orang-orang Yang Tetap Mendirikan Solat.
Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
9) Selalu Ingatkan Anak, Tak Guna Ada Pangkat, Belajar Tinggi Hatta Hafal Al-Quran Sekalipun Jika Tidak Mempunyai Peribadi Yang Mulia
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10) Masa Basuh Beras, Niatkan; “Ya Allah, Lembutkanlah Hati Anak-anakku (Sebut Nama) Untuk Faham Agamanya Sebagaimana Engkau Lembutkan Beras Ini Menjadi Nasi”‘
Kenapa kita nak anak faham agama? Kerana anak yang tidak faham agama boleh membawa bersama ibu bapanya ke neraka.
Basuh beras lawan arah jam (macam orang tawaf) sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Semasa melakukan perkara ini, hati jangan lalai, sentiasa ingat Allah selalu.